![]() |
SEMOGA BAHAGIA SEHINGGA KE SYURGANYA! |
kompang dipalu....pengantin baru...
duduk bersanding tersipu malu. Ewah! hehe
Baarakallahulakuma Ciklin & Dr. Arief atas ikatan halal yang disimpul.
Alhamdulillah, akak tumpang gumbira untuk kalian.
Btw, ciklin ni ex-officemate PL di Hidayah Centre. Walaupun kami baruuuu sangat kenal, tapi dapat rasa ikhlasnya bersahabat. Ciklin ni baik sangat orangnya.
Cerita bermulaaa........
**********************************************************
Masa PL mengandungkan Mursi, ciklin antara orang yang paling prihatin dengan PL.
Sampai sekarang pun PL takkan lupa kebaikan ciklin. PL datang lambat ke Crash Course Nuruddin Lemu di MRM, ciklin dah siapkan tempat untuk PL duduk. Belum duduk lagi, dia dah siapsiap buka ruang PL nak masuk. Seriously sangat terharu time tu.. T_T
Semoga kebaikan ciklin Allah balas dengan ganjaran yang besar insyaAllah.
Rupa comey, budi pekerti pun comey. Untung Arief ye dok? :)
Dr. Arief juga PL kenal di HCF. Dia buat keje sukarelawan sementara tunggu posting ke hospital. Baik. Banyak cakap. Kekadang lurus jugak.
Tak sangka menjadi matchmaking Puan Liya! Yeayyy!! Happy for both of them.
" ALHAMDULILLAH "
Puan Liya penyebab je. Pokok pangkal kejayaannya kembali pada kuasa Allah yang dah menetapkan jodoh keduanya. Tak gitu?
PL menjadi saksi betapa keduanya amat menjaga adab dan susila sepanjang proses perkenalan. Apa je perkara nak dibincang akan dibincangkan dalam whatsapp group yang turut PL & salah seorang makcik yang mengendalikan proses baitulmuslim sertai. Sweet bukan?
Menikmati CINTA selepas nikah.
Nota kaki seorang kakak :
Doa akak untuk Malin & Arief semoga masjid yang dibina atas asas agama yang kukuh ini akan terus utuh, dikurniakan sakeenah, mawaddah dan rahmah hendakNya. Uhibbuki fillah ukhti!
No comments:
Post a Comment